Skip to content

Cara Buat Pes Ikan Bakar Sedap

Selalu kalau makan kat kedai ikan bakar, mesti terfikir kan macam mana nak buat sendiri
perencah ikan bakar
yang sedap ni. Mulalah rasa rumit nak buat sebab fikir nak kena nyalakan arang. Sebebarnya ada
resepi pes ikan bakar sedap macam kedai makan
yang boleh
dimasak atas dapur biasa je.

Senang sangat resepinya. Bahannya mudah dicari dan cara memasaknya pun hanya perap bersama ikan dan tenggekkan atas kuali. Sekejap je dah siap.

Rasanya memang lain dari yang lain sebab perapan ikan dan bahan-bahan tu ada aromanya yang tersendiri. Walaupun berbeza dengan aroma ia dibakar atas arang, tapi rasanya masih padu dan sedap!

Resepi ni pula memang asal dari peniaga kedai makan ikan bakar dan dikongsikan oleh Rafiza Idayu supaya kita semua dapat manfaatnya bersama. Pasti sedap sangat ni. Jom saya kongsikan.

RESEPI PES IKAN BAKAR SEDAP MACAM KEDAI MAKAN

Bahan-bahannya:

  • Lada kering 30 biji (siap direbus)
  • Serai 3 batang
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Lengkuas 1 sudu (guna lengkuas Anjaad)
  • Belacan 1 sudu kecil
  • Limau Kasturi
  • Asam jawa sedikit
  • Gula dan garam
  • Ikan pari
  • Daun pisang

Cara Buat Pes Ikan Bakar Kedai Makan:

▶️ Mula-mula masukkan bawang merah, bawang putih, serai yang dah dipotong kecil dan cili kering ke dalam blender.

▶️ Masukkan sekali serbuk lengkuas 1 sudu.

▶️ Belacan 1 sudu juga dimasukkan sekali (beliau juga turut gunakan belacan serbuk Anjaad).

▶️ Masukkan juga air asam jawa.

▶️ Masukkan 1 sudu kecil garam.

▶️ Masukkan gula 3 sudu.

▶️ Dan akhir sekali gula merah 2 sudu kecil.

▶️ Kemudian kisarkan kesemua bahan tadi. Sebelum kisar masukkan sedikit je air ke dalam blender untuk mudahkan ia putar dan sebati. Tak perlu letak banyak sebab kita perlukan pes yang pekat. Masa perap dengan ikan nanti, air ikan akan keluar.

Popular:   Resep Bubur Kacang Hijau Ketan Hitam Untuk Jualan

▶️ Seterusnya potong daun pisang yang sesuai untuk lapik ikan. Letakkan atas kuali. Sebelum tu letakkan sedikit minyak ke dalam kuali.

▶️ Letakkan ikan dalam keadaan terbalik di atas daun pisang.

▶️ Letakkan pes atasnya dan ratakan.

▶️ Kemudian terlentangkannya pula dan sapu juga pes dan ratakan.

▶️ Potong limau kasturi dan letakkan atas pes. Limau ni tak perlu diperah ketika memasaknya. Hanya perah masa nak makan nanti. Ianya diletakkan begitu je sebab inginkan aromanya semasa memasak dan nak hilangkan bau hanyir ikan.

▶️ Tutup dengan penutup supaya nanti proses masak sekata. Nanti tak perlu lagi balik-balikkan ikan tu.

▶️ Api digunakan kecil sahaja sebagai salah 1 cara lagi untuk bagi ikan masak sekata.

▶️ Masak biasanya dalam 15 ke 20 minit.

▶️ Dah siap boleh dihidangkan!

Fuuhh bila buka je tutup periuk tu terus bau aromanya yang sedap dan wangi tu. Ikan bakar ni sedap makan dengan nasi putih panas macam tu je. Tak perlu lagi dah lauk lain.

Nak lagi padu, boleh sediakan cili kicapnya untuk dicicah dengan ikan. Lagi menambat selera!

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Ayam Serai Ala Thai. Resepi Mudah Rasa Sebijik Macam Kedai!

Pes ikan ni sedap makan dengan ikan apa yang anda suka. Nak gantikan dengan siakap, cencaru dan lain-lain ikan lagi pun boleh.

Ada sesetengah orang tu pelbagaikan lagi resepi seperti menambahkan petai dalam perapan pes. Bagi penggemar petai, pasti anda sukakannya sebab aroma perapan tu bertambah naik lagi. Sedap bila petai tu dimakan bersama.

Kepada yang rindu nak makan ikan bakar tu, bolehlah ikut
resepi pes ikan bakar sedap macam kedai makan
ni. InsyaAllah menjadi walau sekali percubaan sahaja.

Popular:   Resep Masakan Menggunakan Happy Call Double Pan

Boleh nanti dihidangkan buat keluarga. Selamat mencuba!

Cara Buat Pes Ikan Bakar Sedap

Source: https://duriancheese.my/resepi/resepi-pes-ikan-bakar-sedap-macam-kedai-makan-senang-tanpa-gunakan-arang.html